|
|
|
|
KD SRI KLANG PSSTLDM |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
FOR ANY ENQUIRIES PLEASE CONTACT :
WEBSITE
http://mikirid.page.tl/
E - MAIL :
mikirid@yahoo.com.my
OR CALLS
CHIEF PETTY OFFICER MIKI
Mobile No. 6012 - 6304871 - (MALAYSIA)
KD SRI KLANG PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (PSSTLDM) - SEJARAH
Sejarah Ringkas
Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dengan pembentukan Tentera Laut Sukarelawan Simpanan Negeri Selat (TLSSNS) - Straits Settlement Naval Volunteer Reserve - yang telah ditubuhkan oleh kerajaan kolonial British di Tanah Melayu pada 27 April 1934 di Singapura. TLSSNS ditubuhkan untuk membantu Royal Navy mempertahankan kawasan perairan Tanah Melayu ekoran perkembangan dan pergolakkan politik di Asia di mana Empayar Jepun sedang memperluaskan kuasa dan pengaruhnya.
Apabil Perang Dunia Ke-2 meletus di Eropah, TLSSNS telah meningkatkan pengrekrutan demi mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu memandangkan aset-aset Royal Navy diperlukan di medan operasi Eropah. TLSSNS juga telah dikerahkan untuk perkhidmatan aktif sebagai unit Royal Navy Malay Section, ataupun Malay Navy dengan kekuatan seramai 400 orang anggota. Golongan ini telah menjalani latihan di kem latihan HMS Pelandok. Keanggotaan Malay Navy kemudiannya meningkat kepada 1450 orang apabila perang meletus di Asia Tenggara.
Sepanjang Perang Dunia ke-2, Malay Navy berkhidmat di bawah Tentera Bersekutu atau lebih tepat lagi di bawah panji-panji Royal British Navy. Malay Navy berkhidmat bersama Royal Navy di medan operasi di Lautan Hindi dan Pasifik. Apabila perang tamat dengan penyerahan kalah Jepun pada tahun 1945 hanya 600 anggota melapor diri semula. Pada tahun 1947, Malay Navy terpaksa dibubarkan akibat kemelesetan ekonomi.
HMS MALAYA Woodlands, Singapura
Pada 24 Disember 1948, Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu akibat ancaman pengganas komunis. Menyedari kepentingannya, pihak British mengaktifkan semula Malay Navy dan dikenali sebagai Malayan Naval Forces (MNF). Tarikh 4 Mac 1949 menyaksikan hari perasmian dan penubuhan MNF yang berpangkalan di HMS Malaya,Woodlands, Singapura.
Misi utama MNF ialah pengawasan pesisir pantai bagi menghalang pengganas komunis daripada memperoleh bantuan bekalan melalui jalan laut. Angkatan ini juga diberi tugas mengawal laluan ke Singapura dan pelabuhan-pelabuhan lain. MNF juga dibekalkan dengan sebuah Frigat kelas River HMS Test yang turut digunakan sebagai kapal latihan. Pada bulan 29 Ogos 1952, Her Royal Honesty Queen Elizabeth (Ratu Elizabeth 2) telah mengurniakan gelaran ‘Diraja’ kepada MNF, menjadikan MNF kini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy) di atas perkhidmatan MNF yang cemerlang.
Pada 5hb Ogos 1955 Ketua Menteri Singapura, David Marshall telah melawat Pangkalan Woodlands. Beliau marasa kagum dengan perkembangan pesat di pangkalan itu. Dalam tahun itu juga beberapa buah kapal Royal Malayan Navy telah menyertai beberapa siri latihan dengan Royal Navy dan Tentera Laut negara Komanwel yang lain. Tugas-tugas yang dilakukan oleh Royal Malayan Navy di tahun lima puluhan tertumpu kepada mengawal keselamatan perairan Tanah Melayu dan juga Singapura. Kapal-kapal Royal Malayan Navy sentiasa meronda di sekitar kawasan perairan pantai bagi menghalang kegiatan penyeludupan senjata api kepada pengganas komunis. Dalam masa darurat tumpuan rondaan ialah di perairan Pengerang Batu Pahat, di mana kegiatan pengganas komunis dipercayai berleluasa. Sementara itu HMMS PELANDOK banyak membantu dalam rondaan di sekitar kawasan pantai Semenanjung Tanah Melayu dan juga memberi bantuan kepada anggota-anggota polis dengan membuat tembakan dari laut.
Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957, perkara utama yang difikirkan oleh pemimpin-pemimpinnya ialah mengenai keselamatan negara. Peristiwa Tanah Melayu dijajah Jepun pada tahun 1941 telah menjadi pengajaran supaya ia tidak berulang setelah negara mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan Tanah Melayu menamatkan penjajahan British dan sekaligus kuasa mutlak berpindah sepenuhnya kepada pemimpin negara. Ini termasuklah juga dalam hal ehwal keselamatan yang masih lagi dirunding bagi menentukan penempatan pasukan tentera di Tanah Melayu.
Royal Malayan Navy akhirnya diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Penaikkan bendera Tentera Laut Persekutuan secara rasminya menandakan Roayal Malayan Navy memikul tanggung jawab untuk mempertahankan perairan Persekutuan. Royal Malayan Navy memulakan tugasnya hanya dengan sebuah pangkalan pusat di HMS Malaya Woodland, Singapura dan sebuah armada kecil yang terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2 buah kapal penyapu ranjau (minesweeper) kelas HAM, dan 7 buah kapal patrol.
Jeti Tentera Laut Diraja Malaya di
Woodlands, Singapura
Pangkalan TLDM Woodland, Singapura
Sekali lagi pada 16 Sep 1963, pasukan ini dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia dan agronim ‘HMMS’ (Her Majesty’s Malayan Ship) telah ditukar ke ‘KD’ bermaksud Kapal Diraja. Apabila TLDM diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Malaysia pada 1 Jul 1958, ia mula berkembang dengan penuh pesat dan cemerlang. Sewaktu pemerintahan Panglima Tentera Laut yang Pertama, salah satu usaha beliau yang boleh dijadikan sejarah ialah perancangan untuk memindahkan Pangkalan TLDM Woodlands ke Lumut. Usaha beliau telah menjadi realiti dan rancangan ini telah mula direalisasikan pada tahun 1979. Walaupun tapuk pemerintahan Tentera Laut bertukar ganti, wawasan yang sedia ada tetap dilaksanakan dengan jayanya oleh Panglima-Panglima seterusnya.
Tetamu Istimewa: Commodore Thanabalasingam menjemput ketibaan Tunku Abd Rahman di Pangkalan TLDM Woodlands, Singapura pada tahun 1970
Namun demikian, Pangkalan TLDM Woodlands masih lagi beroperasi sebagai pangkalan bantuan logistik kepada kapal-kapal yang beroperasi di bahagian selatan semenanjung. Pangkalan ini dinamakan ‘BEREK TLDM WOODLANDS’ dan diletakkan bawah organisasi pemerintahan Markas Wilayah Laut 1.
Upacara tradisi di Pangkalan TLDM Woodlands, Singapura
Ensign Berkibar di Pangkalan TLDM Woodlands,Singapura
Manakala Pusat Latihan Rekrut terus dilaksanakan di KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut. Dengan bertambahnya pelatih yang mengikuti kursus-kursus kerjaya termasuk pendekatan yang diambil oleh TLDM untuk mengasingkan pelatih-pelatih muda ini, sekali lagi Pusat Latihan Rekrut telah berpindah ke Berek TLDM Woodlands di Singapura dalam tahun 1984, iaitu selepas perpindahan KD MALAYA ke Lumut. Pusat Latihan Rekrut berada di bawah organisasi KD PELANDOK sementara Berek TLDM Woodlands yang bertindak sebagai unit Bantuan masih di bawah pemerintahan MAWILLA 1. Pada tahun 1996, Pusat Latihan Rekrut telah dikenali dengan nama Fakulti Rekrut (FAREK). Ini adalah sinambungan dari perubahan yang dibuat oleh KD PELANDOK.
Pada pertengahan tahun 1994, berita paling hangat tersebar ke serata tempat. Pangkalan TLDM Woodlands akan diserahkan kepada Kerajaan Singapura. Akhirnya, berita tersebut menjadi realiti apabila Tg Pengelih yang terletak lebih kurang 129 km dari Bandar Johor Baharu telah terpilih untuk dijadikan pusat latihan yang baru dengan singkatan PULAREK TLDM. Seterusnya, penyerahan Berek TLDM Woodlands kepada Kerajaan Singapura telah dilaksanakan pada 3 Dis 1997.
|
Last Updated ( Friday, 09 November 2007 ) |
Further Development of PSSTLDM
The Royal Malaysian Navy Volumteer Reserve (RMNVR) now popularly known as Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia (PSSTLDM) has developed tremendously with 9 units that had been set up throughout Malaysia. The units are KD Sri Pinang (Penang), KD Sri Manjung (Perak), KD Sri Klang (Kuala Lumpur), KD Sri Medini (Johore), KD Sri Kuantan (Pahang), PSTL Kuching (Sarawak), KD Sri Labuan (Labuan), KD Sri Sandakan (Sabah) and KD Sri Sebatik (Tawau, Sabah). Research is still being conducted on the development of PSSTLDM from 1957 onwards. I hope to put to put it up as soon as possible.
CARTA ORGANISASI TLDM
FOR ANY ENQUIRIES PLEASE CONTACT :
WEBSITE
http://mikirid.page.tl/
E - MAIL :
www.mikirid@yahoo.com.my
OR CALLS
CHIEF PETTY OFFICER MIKI
Mobile No. 6012 - 6304871 - (MALAYSIA)
FOTO PSSTLDM KD SRI KLANG
C.O. (2004 - OKT 2007) WITH CAPTAIN DATO' PROF DR HASHIM, PSSTLDM
KDR (IR) CHE NYAN HUSSAIN, KAT,PJK,PK,PPA., PSSTLDM
C.O. (2007 - JUN 2008) LT KDR MOHAMMAD MATAHAB TLDM WITH EX PSSTLDM OFFICER
X.O. (ACT. C.O. JAN 2008 - MEI 2008)
KDR (IR) MOHD ARIS HJ BERNAWI PSSTLDM, KAT,PK,PPA.,
X.O.(JUN 08 -)
LT MOHAMMAD PUZA ZAINAL ABIDIN PSSTLDM, PPA.
G.O. / TRAINING.OFFICER
LT AHMAD FAJRI PSSTLDM
COX'N (MAY 2008 -)
PW II KNA HASSAN MASOT,PPA.
A.S.Y.
BK STN (S) MOHD NOOR ABU HASSAN, PK,PPA.
BUFFER
BK PPP TAJUL ARIFFIN MOHD TAHIR, PK,PPA.
C.E.M.
BK TLS MD FARID MASRIF, PJK,PK,PPA.
2ND BUFFER
BK PPP ROSLY ISMAIL, PK,PPA.
R.S.
BM KMR ZULFI MOHAMMED, PK,PPA.
P.O.E.M.
BM TLS KANAPATHI SUBBAIYAN, PK,PPA.
S.R.O.
LK I KMR NORIZAL ENDUT
TANGKY
LK I TMK MOHD RADZI
LK II TMK SYAIFUL ZAHARI
LK I PPP ZAILANI
LK II PPP MOHD FUZI
PTM ANIEDA
FOR ANY ENQUIRIES PLEASE CONTACT :
WEBSITE
http://mikirid.page.tl/
E - MAIL :
www.mikirid@yahoo.com.my
OR CALLS
CHIEF PETTY OFFICER MIKI
Mobile No. 6012 - 6304871 - (MALAYSIA)
KD SRI KLANG
Bandar Armada Putra
Pulau Indah
Peti Surat 272
42009 PELABUHAN KLANG
Selangor Darul Ehsan
PERINTAH HARIAN 1 Nov 08 (SABTU)
1. Pegawai Bertugas Harian : LT Mohd Zony PSSTLDM
: LT Dya Sivadass PSSTLDM
: PKK Chow Siew Meng
2. Bintara Bertugas Harian : BK KMR Zulfi
BM PPP Azman
3. Lasykar Bertugas : LK KNA Noranissa
: LK II KMR Ashima
: LK II KMR Suhana
4. Pakaian Waktu Kerja : Peg. 2B & PT / LLP 2A & PT
5. Pakaian Selepas Kerja : Pakaian Malam
6. Matahari terbit : 0710 H
7. Matahari Terbenam : 1922 H
8. Waktu Solat : Zohor - 1324H, Asar 1640H
CATATAN
1. 0830H - 1000H: Kawad – Pegawai (PW II PPP Tajul), PKK (PW II PPPP Rosly) &
LLP( BM PPP Azman )
2. 1030H – 1230H: Pegawai – DCO (Lt Puza), PKK & LLP Life Raft & Life Jacket
(BK TLS Kanapathi)
3. 1400H – 1545H: Kedua-dua bahgian beratur, Pakaian TLDM – Pegawai (Lt Zony),
Akta 1972 - PKK & LLP (BM PPP Razif).
4. 1600H – 1730H: Latihan TTS/ Jasmani – Semua
5. 1745H – 1800H Kedua-dua bahagian beratur dan bersurai.
MOHAMMAD PUZA B. ZAINAL ABIDIN
LT PSSTLDM
bp Pegawai Memerintah
PERINTAH HARIAN 25 Okt 08 (SABTU)
1. Pegawai Bertugas Harian : LT Ahamd Fajri PSSTLDM
: LT Dya Azwan PSSTLDM
: PKK Mokhzani
2. Bintara Bertugas Harian : BK KMR Mokter
BM PPP Razif
3. Lasykar Bertugas : LK KNA Noranissa
: LK I KMT Devan
: LK I TMK Syaiful
LK II KMR Ashima
: LK II KMR Suhana
4. Pakaian Waktu Kerja : Peg. 2B & PT / LLP 2A & PT
5. Pakaian Selepas Kerja : Pakaian Malam
6. Matahari terbit : 0710 H
7. Matahari Terbenam : 1922 H
8. Waktu Solat : Zohor - 1324H, Asar 1640H
CATATAN
1. 0830H - 1000H: Kedua-dua bahgian beratur,Taklimat Renang ( LK PTI Zakaria) –
Semua.
2. 1030H – 1230H: Ujian renang (LK PTI Zakaria) –
Semua.
3. 1400H – 1800H: Kedua-dua bahagian beratur, pegawai dan anggota - pentadbiran
masing masing dan bersurai.
MOHAMMAD PUZA B. ZAINAL ABIDIN
LT PSSTLDM
bp Pegawai Memerintah
KD SRI KLANG
Bandar Armada Putra
Pulau Indah
Peti Surat 272
42009 PELABUHAN KLANG
Selangor Darul Ehsan
SURAT PERINGATAN
(Wisma Bintara)
Samb. 2545
KDSK/WB/2008/Jil2 – (20)
Lihat Agihan
ARAHAN ORENTASI AHLI BARU WISMA BINTARA KD SRI KLANG
PENDAHULUAN
1. Adalah dimaklumkan bahawa anggota berikut telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Bintara Muda pada 01 Apr 08.
a. 8001103 P/BM PPP AZMAN BIN DRAMAN
b. 8001108 P/BM PPP MOHD RAZIF BIN ABU BAKAR
TUJUAN
1. Sebelum bintara diterima sepenuhnya menjadi ahli wisma, bintara tersebut perlu menjalani beberapa siri orentasi sebanyak 10 bilangan hari dari 1hb Okt 08 sehingga 3 hb Jan 2009 sewaktu latihan sahaja. Ini adalah bertujuan untuk menyesuaikan diri di kalangan ahli-ahli wisma. Jadual orentasi adalah seperti di kembaran A. Majlis penutup orentasi akan dimaklumkan kemudian tertakluk kepada latihan unit.
PERLAKSANAAN
2. Untuk memastikan aturcara ini berjalan dengan sempurna 8000541 P/BK TLS Kanapathi a/l Subbaiyan telah dilantik sebagai Bintara Perantaraan dan dikehendaki mengkoordinasikan segala keperluan berhubung dengan perkara tersebut. Semua ahli diharap dapat memberi kerjasama untuk memberi tunjuk ajar serta teguran yang membina bagi menjayakan minggu orentasi ini. Hukuman dan denda yang setimpal boleh dikenakan jika ada kesalahan yang dilakukan.
3. Semasa berkelepasan Pemangku Bintara dikehendaki berpakaian kemas dan berkasut. Jeans dan pakaian sukan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Yang Dipertua Wisma (YDP).
4. Ketua Jabatan dimohon memberi kebenaran melepaskan bintara tersebut demi menjayakan orentasi ini.
TAJUL ARIFFIN BIN MOHD TAHIR
PW II PPP
Yang Dipertua Wisma.
|
|
|
|
|
|
Today, there have been 1 visitors (3 hits) on this page! |